Diberikan keberkatan pada sesuatu pekerjaan

TEKS BAHASA ARAB

من بورك له في شيء فليلزمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan keberkatan pada sesuatu pekerjaan, maka hendaklah dia meneruskannya.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis nombor 409. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الزركشي، والسيوطي: رواه ابن ماجه، عن أنس – أي مرفوعا-. قال الجد: والمراد أنه رواه بالمعنى لا باللفظ، قال: وأما لفظ الترجمة فلم أقف عليه في كتب الحديث بعد التفحص.

Al-Zarkashi dan al-Suyuti berkata: “Ibn Majah telah meriwayatkannya daripada Anas – iaitu secara marfu’-“. Al-Jadd berkata: “Dimaksudkan adalah Ibn Majah meriwayatkannya secara makna bukan dengan lafaz tersebut”. Al-Jadd berkata lagi: “Adapun lafaz sebagaimana dalam tajuk di atas, saya belum pernah menemuinya dalam kitab-kitab hadith setelah dilakukan pencarian”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs