TEKS BAHASA ARAB
لو وزن خوفي ورجائي لاعتدلا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya ditimbang rasa takutku dan rasa mengharapku, pasti kedua-duanya seimbang.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 77, hadis nombor 333. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف مرفوعا، بل من كلام ثابت البناني، لكن بلفظ: كانا سواء.
Tidak diketahui secara marfu’, sebaliknya bersumberkan ucapan Thabit al-Bunani, namun dengan lafaz: “Kedua-duanya pasti sama”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.