Apakah kamu tahu berapa jarak di antara langit dan bumi?

TEKS BAHASA ARAB

عن العباس بن عبد المطلب قال: "كنت في البطحاء في عصابة فيهم رسول الله صلى الله عليه وسلم، فمرت بهم سحابة ، فنظر إليها فقال: ما تسمون هذه؟ قالوا: السحاب، قال: " والمزن؟ " قالوا: والمزن، قال: " والعنان؟ " قالوا: والعنان، قال: " هل تدرون بعد ما بين السماء والأرض؟ إن بعد ما بينهما إما واحدة، أو اثنتان أوثلاث وسبعون سنة، ثم السماء فوقها كذلك حتى عد سبع سموات، ثم فوق السابعة بحر بين أسفله وأعلاه مثل ما بين سماء إلى سماء، ثم فوق ذلك ثمانية أوعال، بين أظلافهم وركبهم مثل ما بين سماء إلى سماء، ثم الله تبارك وتعالى فوق ذلك "


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Abbas bin Abd al-Muttalib RA berkata: “Aku pernah berada di wilayah Bathha’ bersama rombongan yang di dalamnya terdapat Rasulullah SAW. Lalu ada awan yang melintasi mereka, Baginda melihat awan itu lalu bersabda: Kamu menyebut apa ini? Para sahabat menjawab: Awan. Baginda bersabda: Dan al-Muzn? Mereka menjawab: Ya, (kami juga menyebutnya) al-Muzn. Baginda bersabda: Dan al-'Anan? Mereka menjawab: Ya dan al-'Anan. Apakah kamu tahu berapa jarak di antara langit dan bumi? Mereka menjawab: Kami tidak tahu. Baginda bersabda: Sesungguhnya jarak antara keduanya adalah sama ada tujuh puluh satu, tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga tahun perjalanan. Kemudian langit yang di atasnya juga seperti itu sehingga Baginda menyebutkan tujuh langit. Kemudian selepas daripada langit ketujuh terdapat lautan di antara bawah dan atasnya seperti jarak di antara langit dengan langit (yang lain). Kemudian di atasnya terdapat lapan malaikat yang jarak antara telapak kaki dengan lututnya sejauh langit dengan langit yang lainnya sama seperti jarak langit dengan langit. Kemudian Allah di atas itu lagi


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1670, hadis nombor 8426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis al-'Abbas bin Abdul Muttalib ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Sunan Abi Dawud, al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad, Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid, Uthman al-Darimi dalam al-Naqd ‘ala Bishr al-Marisi dan Sunan al-Tirmidhi.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon