TEKS BAHASA ARAB
المؤمن ملقى والكافر موقى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang mukmin dilemparkan dengan ujian dan orang kafir dipelihara daripada ujian.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 96, hadis nombor 468. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث، قال السخاوي: معناه صحيح، وهو كما قال الجد: بمعنى حديث حذيفة: (إن الله يتعاهد عبده المؤمن بالبلاء كما يتعاهد الوالد ولده بالخير) الحديث.
Ia bukan hadith. Al-Sakhawi berkata: “Maknanya betul”, ia sebagaimana disebutkan oleh al-Jadd: “Semakna dengan hadith Huzaifah: “Sesungguhnya Allah benar-benar mempersiapkan hambaNya yang beriman dengan ujian sebagaimana seorang ayah mempersiapkan kebaikan untuk anaknya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.