Aku mendengar Rasulullah SAW bercerita tentang Musa AS di atas mimbar

TEKS BAHASA ARAB

عن أبي هريرة قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يحكي عن موسى صلى الله عليه وسلم على المنبر قال: ” وقع في نفس موسى: هل ينام الله تعالى ذكره؟ فأرسل الله إليه ملكا، فأرقه ثلاثا، ثم أعطاه قارورتين، في كل يد قارورة، وأمره أن يحتفظ بهما، قال: فجعل ينام، وتكاد يداه تلتقيان، ثم يستيقظ فيحبس إحداهما عن الأخرى، ثم نام نومة فاصطفقت يداه، وانكسرت القارورتان، قال: ضرب الله مثلا أن الله لوكان ينام لم تستمسك السموات والأرض “

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abi Hurairah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bercerita tentang Musa AS di atas mimbar sambil berkata: “Telah tertanya di dalam diri Nabi Musa: Adakah Allah tidur? Kemudian Allah mengutuskan malaikat kepadanya lalu dia ditahan untuk tidur sebanyak tiga malam. Setelah itu, diberikan dua bekas air pada setiap tangan satu bekas. Malaikat itu mengarahkannya untuk menjaganya. Baginda berkata: Nabi Musa tertidur dan tangannya dalam keadaan hampir bertemu. Apabila dia bangun, dia mengelakkan salah satu daripada yang lain. Lalu dia tidur kembali dan tangannya terhempas serta pecahlah bekas air tersebut. Baginda berkata: Allah telah membuat perumpamaan sekiranya Allah tidur maka langit dan bumi ini tiada yang memegangnya.”

 

STATUS

Munkar

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1670, hadis nombor 8427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Jarir dan Ibn Asakir.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs