TEKS BAHASA ARAB
اتقوا الحجر الحرام في البنيان، فإنه أساس الخراب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berwaspadalah terhadap batu yang haram dalam binaan, kerana sesungguhnya ia adalah asas kepada kebinasaan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 8, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia juga telah dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam Tarikh Asbahan dan dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws melalui sanad Abu Nu'aim. Ibn al-Jawzi berkata: "Tidak sahih". Saya pula berkata: Ia palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.