Janganlah kamu bermusafir ketika (tiga malam dari) akhir bulan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تسافروا في محاق الشهر ولا إذا كان القمر في العقرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu bermusafir ketika (tiga malam dari) akhir bulan dan jangan juga ketika bulan melindungi buruj kala jengking.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 104, hadis nombor 505. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام علي رضي الله عنه.

Bersumberkan ucapan 'Ali RA.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon