Kedudukan yang tinggi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدرجة الرفيعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kedudukan yang tinggi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 38, hadis nombor 144. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

المدرج فيما يقال بعد الأذان قال السخاوي لم أره في شيء من الروايات وأصل الحديث عن جابر “من قال حين يسمع النداء اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة آت محمد الوسيلة والفضيلة وابعثه مقاما محمودا الذي وعدته حلت له شفاعتي” وقال ومن زادها اغتر بما وقع في بعض نسخ الشفا من زيادتها مع أنه علم عليها كاتبها بما يشير إلى الشك ولم أرها في سائر النسخ.

Ia adalah lafaz tambahan terhadap doa yang diucapkan selepas azan.

Al-Sakhawi berkata: “Aku tidak pernah melihatnya dalam mana-mana riwayat”. Asal hadith tersebut adalah daripada Jabir: “Sesiapa yang ketika mendengar azan dia mengucapkan: 'Ya Allah! Rabb bagi seruan yang sempurna ini, juga solat yang akan didirikan! Berikanlah wasilah dan fadhilah (kurniaan) kepada Muhammad serta bangkitkanlah dia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, dia mendapat syafaatku”.

Al-Sakhawi juga berkata: “Sesiapa yang menambahkannya, dia telah terpedaya dengan penambahan yang terdapat dalam sebahagian naskhah… Di samping itu, penulisnya telah memberitahu melalui isyarat berlakunya syak (pada penambahan tersebut) dan aku tidak pernah melihat penambahan tersebut dalam naskhah-naskhah yang lain”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon