Jika Allah ingin merahmati salah seorang daripada kaum Nabi Nuh nescaya Dia akan merahmati ibu kepada bayi

TEKS BAHASA ARAB

لو رحم اَللَّه أَحَدًا من قوم نُوح؛ لرحم أم الصبي، كان نُوح مَكَثَ في قومه ألف سنة إلا خمسين عَاماً؛ يدعوهم، حتى كان آخر زمانه! غرس شجرة؛ فعظمت وذهبت كل ذهب، ثم قطعها، ثم جعل يعملها سفينة، ويمرون فيسألونه؛ فيقول: أعملها سفينة. فيسخرون منه، ويقولون: تعمل سفينة في البر؟ ! وكيف تجري؟ ! قال: سوف تعلمون. فلما فرغ منها فار التنور؛ وكثر الماء في السكك، فخشيت أم الصبي عليه، وكانت تحبه حباً شَدِيداً، فخرجت إلى الجبل حتى بلغت ثلثه (اَلْأَصْل: ثلمة) ، فلما بلغها الماء؛ خرجت به حتى استوت على الجبل، فلما بلغ الماء رقبتها؛ رفعته بيدها حتى ذهب بهما الماء، فلو رحم اَللَّه منهم أَحَدًا؛ لرحم أم الصبي


TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah ingin merahmati salah seorang daripada kaum Nabi Nuh nescaya Dia akan merahmati ibu kepada bayi. Adapun Nabi Nuh hidup bersama kaumnya selama seribu tahun melainkan 50 tahun (950 tahun) dengan berdakwah kepada mereka sehingga akhir zamannya dia menanam pokok. Maka pokok itu membesar dan menjalar jauh, kemudian Nuh memotongnya dan menjadikannya kapal. Orang yang lalu di situ bertanya kepadanya. Dia menjawab: Aku membuat daripadanya kapal. Maka mereka memperlekehkannya. Mereka berkata: Kamu membuat kapal di darat? Bagaimana ia boleh berfungsi? Jawabnya: Kamu semua akan tahu nanti. Selepas daripada itu, air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan) dan air menjadi banyak lalu ibu bayi itu bimbang akannya (bayinya) kerana dia amat menyayanginya. Dia keluar ke bukit sehingga sampai satu pertiga. Apabila sampai air kepadanya, dia keluar dengannya sehingga berhenti di atas bukit. Apabila sampai ke tengkuknya, dia diangkat dengan tangannya sehingga air pergi daripada keduanya. Jika Allah ingin merahmati salah seorang daripada kaum Nabi Nuh nescaya Dia akan merahmati ibu kepada bayi.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1704, hadis nombor 8582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ‘Aisyah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Awsat dan Ibn Jarir.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon