Dilahirkan buat Sulayman bin Dawud seorang anak

TEKS BAHASA ARAB

ولد لسليمان بن دَاوِد ولد، فقال للشياطين: أين نُوَارِيه من الموت؛ فقالوا: نذهب به إلى اَلْمَشْرِق! . فقال: يصل إليه اَلْمَوْت. قالوا: إلى اَلْمَغْرِب. قال: يصل إليه الموت. قالوا: إلى البحار. قال: يصل إليه. قالوا: نضعه بين السماء وَالْأَرْض؛ [قال: نعم. قال: فصعدوا به] . ونزل عليه ملك الموت فقال: ابن دَاوِد! أُمرتُ بقبض نسمة طلبتها في المشرق فلم أصبها، فطلبتها في المغرب فلم أصبها، وطلبتها في البحار، وطلبتها في تخوم اَلْأَرْضِ فلم أصبها، فبينا أنا أصعد إذ أصبتها فقبضتها. وجاء جَسَده حتى وقع على كرسيه، فهو قول الله عز وجل (ولقد فتنا سليمان وألقينا على كرسيه جسداً ثم أناب)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Dilahirkan buat Sulayman bin Dawud seorang anak. Lalu Baginda berkata kepada syaitan-syaitan: Di mana kita ingin menyembunyikan daripadanya kematian? Mereka menjawab: Kita pergi ke timur!. Baginda berkata: Akan sampai kepadanya kematian. Mereka berkata lagi: Ke Barat? Baginda berkata: Akan sampai kepadanya kematian. Mereka berkata: Ke laut? Baginda berkata: Akan sampai kepadanya. Mereka berkata: Kita meletakkannya di antara langit dan bumi? Baginda berkata lagi: Ya. Mereka pun naik ke langit dengannya dan malaikat maut pun turun kepadanya. Dia berkata: Wahai anak Dawud. Aku diperintahkan untuk mengambil roh yang aku cari di timur tetapi aku tidak menemuinya. Kemudian aku mencarinya di barat tetapi aku tidak mendapatinya. Lalu aku mencarinya di lautan dan juga ditempat tinggalnya tetapi aku tidak menjumpainya. Ketika aku naik ke langit, aku bertemu dengannya lalu aku mengambil nyawanya. Setelah itu, jasadnya datang sehingga sampai di atas kerusinya dan ia merupakan firman Allah: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulayman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami).” [Sad: 34]


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1706, hadis nombor 8588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Uqaili dalam al-Dhu’afa.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs