Berjasalah kepada kalangan fakir miskin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اتخذوا عند الفقراء أيادي؛ فإن لهم دولة يوم القيامة، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد: سيروا إلى الفقراء فيعتذر إليهم كما يعتذر أحدكم إلى أخيه في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berjasalah kepada kalangan fakir miskin, sesungguhnya mereka akan memiliki kekuasaan pada hari kiamat. Pada hari kiamat akan berserulah penyeru: Berjalanlah menuju golongan fakir dan diminta maaf kepada mereka seperti mana salah seorang daripada kamu meminta maaf kepada saudaramu di dunia.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 31, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لا أصل له. قال السخاوي بعد إيراد أحاديث بمعناه: وكل هذا باطل.

Ibn Hajar berkata : tidak ada asalnya. Al-Sakhawi berkata setelah meriwayatkan beberapa hadith yang semakna dengannya: semua hadith ini batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs