TEKS BAHASA ARAB
اطّلِعْ فِي القُبُورِ واعْتَبِرْ بالنُّشُورِ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lihatlah pada kubur dan ambillah pengajaran terhadap hari kebangkitan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 17, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa' di bawah biografi al-Kudaimi, beliau seorang yang dituduh melakukan pendustaan dan hadith-hadithnya kesemuanya palsu. Al-Baihaqi yang mengeluarkan hadith tersebut juga berkata: "Sesungguhnya ia munkar". Saya berkata: "Jelas kepalsuannya dengan menyebutkan sebab wurud hadith tersebut, disebutkan dalam hadith bahawa seorang lelaki telah mengadu kepada Nabi SAW berkenaan hatinya yang keras, perawi berkata seraya menyebutkan hadith itu. Berkemungkinan ia hasil rekaan al-Kudaimi. Beliau seorang yang menzahirkan kezuhudan dan kuat ibadah, dalam masa sama beliau memalsukan hadith.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.