TEKS BAHASA ARAB
امْرُؤُ القَيْسِ قَائِدُ الشُّعَراءِ إِلَى النارِ لأنَّهُ أوَّلُ مَنْ أحْكَمَ قَوَافِيها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Imru’ al-Qais adalah pemimpin para penyair ke neraka kerana beliau adalah orang terawal yang mahir tentang rima-rima syair.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 21, hadis nombor 91. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut dengan penambahan ini adalah batil secara marfu'. Al-Hafiz telah berkata dalam al-Lisan pada biografi 'Abdullah bin Ahmad bin Harb: "Sesungguhnya ia palsu". Kemudian, saya menemuinya terdapat dalam al-Kuna oleh al-Bukhari secara mawquf kepada Abu Hurairah. Boleh jadi, itulah yang sebetulnya.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.