Aku telah masuk ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة فوجدت أكثر أهلها اليمن، ووجدت أكثر أهل اليمن مذحج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah masuk ke dalam syurga, lalu aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah penduduk Yaman dan aku mendapati kebanyakkan penduduk Yaman itu adalah kabilah Mazhij.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 35, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Demikian juga diriwayatkan oleh al-Dailami, dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ibrahim al-Qurashi, al-Zahabi berkata: “Beliau adalah punca penyakitnya”. Saya berkata: Dalam hal ini jelas, kerana penduduk syurga tidak ada yang dapat menghitung mereka kecuali Allah Ta'ala, lalu bagaimana mungkin kebanyakan mereka adalah daripada satu tempat yang kecil seperti Yaman, apalagi daripada satu kabilah daripada penduduk Yaman? Pelik bagi mereka yang memasukkan hadith yang mustahil seumpama ini atau menyebarkannya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs