Orang paling awal yang aku syafaatkan

TEKS BAHASA ARAB

أول من أشفع له يوم القيامة أهل بيتي ثم الأقرب فالأقرب إلى قريش ثم الأنصار ثم من آمن بي واتبعني من أهل اليمن ثم سائر العرب ثم الأعاجم ومن أشفع له أولا أفضل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang paling awal yang aku syafaatkan untuknya pada hari kiamat ialah ahli keluargaku, kemudian yang paling hampir kemudian yang paling hampir selepas mereka kepada Quraisy, kemudian al-Ansar, kemudian sesiapa yang beriman denganku dan mengikutiku daripada orang Yaman, kemudian keseluruhan Arab, kemudian orang bukan Arab. Sesiapa yang aku berikan syafaat awal untuknya lebih baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 24, hadis nombor 112. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Padanya terdapat perawi Hafs bin Abi Zi’b dan dia pendusta. Penulis (al-Suyuti) mengakui pandangan Ibn al-Jawzi yang menghukum palsu terhadapnya. Selepas itu dia sendiri membawakannya dalam kitab yang dia dakwa bahawa dia pelihara daripada hadis palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs