TEKS BAHASA ARAB
من جمع مالا من نهاوش – أي بكسر الواو – أذهبه الله في نهابر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada tempat yang tidak halal, Allah pasti hilangkan harta tersebut pada jalan kebinasaan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 90, hadis nombor 419. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال السبكي: لا أصل له، قال السيوطي: وهو في كتب الغريب انتهى. وجاء بلفظ: (من أصاب)، لكنه ضعيف، قال السبكي أيضا: لا يصح.
Al-Subki berkata: “Tidak ada asalnya”, al-Suyuti berkata: “Ia berada dalam kitab-kitab berhubung hadith gharib”. Turut datang dengan lafaz: “Sesiapa yang mendapatkan”, namun ia da’if. Al-Subki turut berkata: “Tidak sahih”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.