Sebaik-baik kamu adalah yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya

TEKS BAHASA ARAB

خيركم من لم يترك آخرته لدنياه ولا دنياه لآخرته ولم يكن كلا على الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kamu adalah yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan yang tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya dan janganlah kamu menjadi bebanan kepada orang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 34, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Terdapat hadis melalui hadith Huzaifah, kedua-duanya palsu sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim dan lain-lain. Saya telah menulis khusus untuk menjelaskan kepalsuannya dalam satu juzuk yang saya beri judul Saf'u al-Tiyah Bi Ibtal Hadith Laisa Bi Khairikum Man Taraka Dunyah.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon