Pilihlah api dan jangan memilih celaan

TEKS BAHASA ARAB

النار ولا العار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pilihlah api dan jangan memilih celaan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis nombor 471. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو مثل لا حديث، ولعل معناه: أن نار الدنيا خير من ركوب العار فيها لا ينافي ما مر عن الحسن رضي الله تعالى عنه: العار ولا النار.

Ia suatu perumpamaan, bukannya hadith. Boleh jadi maksudnya: “Api dunia ini adalah lebih baik berbanding mendapat celaan di dunia”, tidak ada pertentangan dengan riwayat yang datang daripada al-Hasan RA: “Pilihlah celaan (di dunia) dan jangan memilih api (di akhirat)”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs