Allah telah mewahyukan (pada malam ketika (Ali bin Abi Talib RA) tidur di atas katil) kepada Jibril dan Mika’il

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله عز وجل – ليلة المبيت على الفراش – إلى جبرائيل وميكائيل: إني آخيت بينكما، وجعلت عمر أحدكما أطول من عمر الآخر، فأيكما يؤثر صاحبه بالحياة؟! فاختار كلاهما الحياة. فأوحى الله إليهما: ألا كنتما مثل علي بن أبي طالب! آخيت بينه وبين محمد – صلى الله عليه وسلم -، فبات على فراشه ليفديه بنفسه ويؤثره بالحياة!! اهبطا إلى الأرض فاحفظاه من عدوه. فنزلا، فكان جبريل عند رأسه، وميكائيل عند رجليه، وجبرائيل ينادي: بخ بخ! من مثلك يا ابن أبي طالب؟! يباهي الله بك الملائكة! وأنزل الملائكة! وأنزل الله تعالى في ذلك: (ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضاة الله)

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah mewahyukan (pada malam ketika (Ali bin Abi Talib RA) tidur di atas katil) kepada Jibril dan Mika’il: “Sesungguhnya aku menjadikan kamu berdua bersaudara dan aku menjadikan umur salah seorang daripada kamu lebih panjang dan di antara kamu berdua mana yang mendahulukan sahabatnya dengan kehidupan? Keduanya memilih kehidupan. Lalu Allah mewahyukan kepada keduanya: Tidakkah kamu ingin menjadi seperti Ali bin Abi Talib? Aku telah mempersaudarakannya dengan Muhammad SAW. Lalu dia berbaring di atas katilnya untuk mempertahankannya dengan dirinya dan mendahulukan baginda dengan kehidupan. Turunlah kamu berdua ke bumi dan peliharalah mereka berdua daripada musuhnya. Lalu mereka pun turun dan Jibril berada di kepalanya dan Mika’il berada di kedua kakinya. Jibril pun menyeru: Amat hebat! amat hebat! siapalah lagi seperti kamu wahai Ibn Abi Talib! Yang mana malaikat berbangga denganmu. Lalu Allah menurunkan ayat pada waktu itu: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata”.[al-Baqarah: 207]

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1690, hadis nombor 8526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya] ini yang terdapat dalam kitab ini:

Disebutkan oleh al-Shi’ie dalam Kitab Muraja’atnya.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs