TEKS BAHASA ARAB
الغرباء ورثة الأنبياء ولم يبعث الله نبيا إلا وهو غريب في قومه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang-orang yang asing adalah pewaris para Nabi, Allah tidak membangkitkan seorang pun Nabi melainkan dia adalah seorang yang asing dalam kaumnya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 63, hadis nombor 252. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
يروى من حديث أنس. وهو باطل.
Diriwayatkan melalui hadith Anas, ianya batil
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.