TEKS BAHASA ARAB
الخطب يسير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Masalah itu mudah sahaja.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 36, hadis nombor 131. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
أخرج مالك والشافعي عن [خالد بن] أسلم أن عمر – رضي الله عنه – أفطر ذات يوم في رمضان في يوم ذي غيم ورأى أنه أمسى وغابت الشمس فجاءه رجل فقال يا أمير المؤمنين قد طلعت الشمس فقال عمر الخطب يسير وقد اجتهدنا.
Diriwayatkan oleh Malik dan al-Shafi’ei daripada Aslam bahawa ‘Umar RA telah berbuka pada siang hari bulan Ramadhan ketika hari mendung, ‘Umar mengira bahawa sudah petang dan matahari sudah tenggelam. Lalu seorang lelaki datang menemui ‘Umar kemudiannya berkata: “Wahai Amir al-Mukminin! Matahari masih bersinar”. Lantas ‘Umar berkata: “Masalah itu mudah sahaja, kami telah berijtihad”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.