TEKS BAHASA ARAB
من عبد الله بجهله كان ما يفسده أكثر مما يصلحه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menyembah Allah dalam keadaan dia jahil, maka kerosakan yang dilakukannya lebih banyak berbanding kebaikan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 92, hadis nombor 435. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قيل: إنه من كلام ضرار بن الأزور رضي الله عنه.
Dikatakan: Ia bersumberkan ucapan Dirar bin al-Azwar RA.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.