Kesejahteraan itu tidak ternilai harganya

TEKS BAHASA ARAB

العافية ما لها ثمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesejahteraan itu tidak ternilai harganya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis nombor 225. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث. لكن في الحديث: (سلوا الله العافية فإن أحدا لم يعط بقدر اليقين خيرا من العافية).

Ianya bukan hadith, namun dalam hadith: “Mintalah ‘afiyah (kesejahteraan) kepada Allah, kerana sesungguhnya dengan penuh yakin bahawa seseorang tidak diberikan sesuatu yang lebih baik berbanding ‘afiyah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs