Berhubunglah dengan-Nya, kamu akan mendapati Dia Maha Luas rahmat-Nya dan memenuhi janjiNya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عاملوه تجدوه مليا وفيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhubunglah dengan-Nya, kamu akan mendapati Dia Maha Luas rahmat-Nya dan memenuhi janji-Nya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis nombor 226. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث. وفي القرآن: مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً… (٢٤٥) [البقرة: 245]، وفي حديث ابن عباس: يقول الله تعالى في كل ليلة من رمضان لمناد ينادي ثلاث مرات: هل من سائل فأعطيه سؤله؟ هل من تائب فأتوب عليه؟ هل من مستغفر فأغفر له؟ من يقرض الملي غير العدوم؟ والوفي غير الظلوم.

Ia bukan hadith, namun terdapat dalam al-Qur’an:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?”. [Surah al-Baqarah ayat 245] Juga dalam hadith Ibn ‘Abbas: “Allah Ta’ala berfirman pada setiap malam bulan Ramadhan kepada penyeru supaya menyeru sebanyak tiga kali, iaitu: ‘Adakah sesiapa yang meminta hajat untuk Aku berikan apa yang dia minta? Adakah orang yang bertaubat untuk Aku terima taubatnya? Adakah orang yang meminta ampun untuk Aku berikan keampunan kepadanya? Adakah orang yang mahu memberi pinjam bagi tempoh yang lama tanpa kerugian dan ditunaikan janji tanpa dizalimi?”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon