Manusia (dapat meneruskan hidup) kerana manusia yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الناس بالناس والكل بالله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia (dapat meneruskan hidup) kerana manusia yang lain. Kesemua manusia pula (dapat meneruskan hidup) kerana Allah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis nombor 474. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، ويغني عنه: {سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ} [القصص: 35] وهو في معنى حديث: المرء كثير بأخيه.

Ia bukan hadith, cukuplah sebagai ganti, firman Allah Ta'ala:
سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ… ﴿٣٥﴾
“Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun)”. [Surah al-Qasas ayat 35].
Ia juga semakna dengan hadith: “Seseorang itu ramai kerana saudaranya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon