Aurat telah ditutup dan pertolongan telah dicukupkan

TEKS BAHASA ARAB

عورة سترت ومؤنة كفيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aurat telah ditutup dan pertolongan telah dicukupkan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 62, hadis nombor 251. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

عن قتادة أن ابن عباس – رضي الله تعالى عنهما – بلغه موت ابنة له فقال: الحمد لله عورة سترها الله، ومؤنة كفاها الله، وأجر ساقه الله إلينا.

Daripada Qatadah bahawa Ibn 'Abbas RA mendapat berita kematian anak perempuan beliau, lalu beliau mengucapkan: “Segala puji bagi Allah, aurat yang telah Allah tutupi, pertolongan yang Allah telah cukupi dan pahala yang telah Allah berikan kepada kita”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs