TEKS BAHASA ARAB
عذره أقبح من فعله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Alasannya lebih teruk berbanding perbuatannya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis nombor 236. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
مثل وليس بحديث، وقال عمر بن عبد العزيز: إن خصلتين خيرهما الكذب لخصلتا سوء. يريد الرجل يكذب ثم يعتذر.
Ia sebuah perumpamaan dan bukannya hadith. 'Umar bin 'Abd al-'Aziz berkata: “Ada dua ciri, yang terbaik dalam dua ciri itu adalah pendustaan sedangkan kedua-dua ciri itu adalah buruk, iaitu seseorang yang mahu berdusta, namun kemudiannya dia memberikan alasan”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.