TEKS BAHASA ARAB
الفقر قيد المجرمين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kefakiran adalah belenggu bagi orang-orang berdosa.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 65, hadis nombor 259. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث وكذلك القلة قيد الفراعنة ويدل لمعناهما قوله تعالى: {كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ ﴿٦﴾ أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ ﴿٧﴾} [العلق: 6 – 7].
Ia bukan hadith, demikian juga: “Sedikit merupakan belenggu kepada para Fir'aun”. Maksud kedua-duanya ditunjukkan melalui firman Allah Ta'ala:
كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ (6) أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ (7)
“Ingatlah! Sesungguhnya jenis (yang dinamakan) manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya) dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”, [Surah al-'Alaq ayat 6-7].
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.