Pengunci hati bergantungan di tiang Arasy Allah SWT dan akan mengunci hati pelaku maksiat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الطَّابَعُ مُعَلَّقٌ بِقَائِمَةِ الْعَرْشِ فَإِذَا انْتُهِكَتِ الْحُرُمَاتُ أَرْسَلَ اللَّهُ الطَّابَعَ وَطَبَعَ عَلَى الْقُلُوبِ بِمَا فِيهَا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Pengunci hati bergantungan di tiang Arasy Allah SWT, apabila perkara-perkara yang haram dilakukan, Allah SWT akan mengutuskan pengunci hati dan ia akan mengunci mati hati-hati dengan perkara haram itu.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 202, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذَكَرَهُ فِي المُخْتَصَرِ وَقَالَ: مُنْكَرٌ.

Al-Firuzabadi meriwayatkan di dalam al-Mukhtasar, beliau berkata : hadith ini terlalu dhaif.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon