Bergaul demi menjaga kehormatan adalah satu sedekah

TEKS BAHASA ARAB

المداراة عن العرض صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bergaul demi menjaga kehormatan adalah satu sedekah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 83, hadis nombor 372. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

كذا يدور على الألسنة، قال الجد ولم أقف عليه بهذا، اللفظ وهو في معنى: “ما وقى المرء به عرضه فهو صدقة”.

Demikian yang berlegar-legar pada lidah orang ramai, namun aku tidak menemuinya dengan lafaz ini. Ia semakna dengan: “Usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk memelihara kehormatannya, maka ia adalah sedekah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon