Orang yang membawa al-Quran (dalam dadanya) adalah pembawa panji Islam

TEKS BAHASA ARAB

حامِلُ القُرْآنِ حامِلُ رَايَةِ الإِسْلاَمِ مَنْ أكْرَمَهُ فَقَدْ أكْرَمَ الله ومَنْ أهانَهُ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang membawa al-Quran (dalam dadanya) adalah pembawa panji Islam, sesiapa yang memuliakannya maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinanya maka laknat Allah ke atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 32, hadis nombor 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini juga antara hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-Mawdhu'at kerana ia melalui riwayat Muhammad bin Yunus al-Kudaimi, beliau seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs