Orang yang mengumpat dan orang yang mendengar sama-sama berkongsi dosa

TEKS BAHASA ARAB

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mengumpat dan orang yang mendengar sama-sama berkongsi dosa.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis nombor 389. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا، وإن أورده في “الإحياء” لكن جاء أنه – صلى الله عليه وسلم – نهى عن الغيبة والاستماع إلى الغيبة.

Tidak diketahui dengan lafaz seperti ini sekalipun dimasukkan dalam al-Ihya', namun ada hadith yang diriwayatkan bahawa Baginda SAW melarang mengumpat dan juga mendengar umpatan.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs