TEKS BAHASA ARAB
ائتزروا كما رأيت الملائكة تأتزر عند ربها إلى أنصاف سوقها
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pakailah kain sepertimana aku melihat malaikat memakai kain di sisi Tuhannya, (iaitu) ke para tengah betisnya
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 5, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Muthanna telah bersendirian meriwayatkannya daripada 'Amr, al-Muthanna seorang perawi dha'if lagi munkar hadithnya. Kerana beliaulah al-Hafiz menilai cacat terhadap hadith tersebut.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.