Mana-mana wanita yang keluar daripada rumahnya tanpa keizinan suaminya

TEKS BAHASA ARAB

أيُّمَا امْرَأةٍ خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِها بِغَيْرِ إذْنِ زوْجها كانَتْ فِي سَخَطِ الله تَعالى حتَّى تَرْجِعَ إِلَى بَيْتِها أوْ يَرْضَى عَنْها زَوْجُها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana wanita yang keluar daripada rumahnya tanpa keizinan suaminya, dia akan berada dalam kemurkaan Allah Ta'ala hinggalah dia kembali kerumahnya atau hinggalah suaminya redha terhadapnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 25, hadis nombor 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sekiranya boleh dinilai sebagai sahih sesuatu hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi pemalsu hadith, pastilah hadith ini termasuk, kerana lafaznya fasih dan ia juga bertepatan dengan hadith-hadith sahih. Namun, hadith tersebut telah diriwayatkan secara bersendirian oleh Ibrahim bin Hudbah, beliau seorang pendusta besar dan pemalsu hadith yang masyhur. Penulis (al-Suyuti) mendakwa bahawa beliau tidak akan memasukkan hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi-perawi pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs