Berbicaralah dengan manusia menggunakan bahasa yang mereka fahami

TEKS BAHASA ARAB

حَدِّثُوا النَّاسَ بِما يَعْرِفُونَ أتُرِيدُونَ أنْ يُكَذَّبَ الله وَرَسُولُهُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbicaralah dengan manusia menggunakan bahasa yang mereka fahami. Adakah kamu mahu Allah dan RasulNya didustai?

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 32, hadis nombor 154. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws] daripada ‘Ali secara marfu’. Riwayat al-Bukhari secara mawquf.

[Saya berkata]: Itulah yang sahih, secara marfu’ adalah batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs