Kezaliman adalah sesuatu yang tersembunyi dalam diri

TEKS BAHASA ARAB

الظلم كمين في النفس القوة تظهره والعجز يخفيه أو العجز يخفيه والقوة تبديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kezaliman adalah sesuatu yang tersembunyi dalam diri. Kekuatan akan menzahirkannya dan kelemahan akan menyembunyikannya atau kelemahan akan menyembunyikannya dan kekuatan akan menampakkannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 56 – 57, hadis nombor 220. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أقف عليه. ولعله من كلام بعض الحكماء، لكن في الحديث: الجبروت في القلب.
قال الجد: ولعله منتزع من قوله تعالى: {إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾} [الأحزاب: 72]، {إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤﴾} [إبراهيم: 34]، ظلم دون ظلم. ترجم به البخاري.
فقال: باب ظلم دون ظلم، ولم يورده حديثا. لكن جاء عن عطاء بن أبي رباح في قوله تعالى: {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ…} [المائدة: 44]، قال: كفر دون كفر، وظلم دون ظلم، وفسق دون فسق.

Al-Jadd berkata: “Aku belum menemuinya, boleh jadi ia bersumberkan ucapan sebahagian hukama', namun dalam hadith: “Paksaan adalah di dalam hati”.
Al-Jadd berkata: “Boleh jadi ia diambil daripada firman Allah Ta'ala:
إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾
“Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”, [Surah al-Ahzab ayat 72].
إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤﴾
“Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya”, [Surah Ibrahim ayat 34]. Zalim yang bukan zalim, al-Bukhari menjadikannya sebagai tajuk bab.
Al-Bukhari berkata: “Bab zalim yang bukan zalim”, namun beliau tidak membawakan satu hadith pun. Tetapi, telah diriwayatkan daripada 'Ata' Ibn Abi Rabah berkenaan firman Allah Ta'ala:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ﴿٤٤﴾
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya)”, [Surah al-Maidah ayat 44]. Beliau berkata: “Kufur yang bukan kufur, zalim yang bukan zalim, dan fasiq yang bukan fasiq”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs