TEKS BAHASA ARAB
خيار أمتي علماؤها وخيار علمائها رحماؤها ألا وإن الله تعالى ليغفر للعالم أربعين ذنبا قبل أن يغفر للجاهل ذنبا واحدا ألا وإن العالم الرحيم يجيء يوم القيامة وإن نوره قد أضاء يمشي فيه ما بين المشرق والمغرب كما يضيء الكوكب الدري.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik umatku adalah ulamanya, sebaik-baik ulama adalah ruhama'nya (orang yang ada sifat pengasih). Ingatlah sesungguhnya Allah Ta'ala akan memberikan keampunan kepada orang alim untuk 40 dosa sebelum diberikan keampunan untuk satu dosa bagi orang jahil. Dan sesungguhnya orang alim yang pengasih akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan cahayanya menerangi ruang antara timur dan barat seperti bintang-bintang yang bersinar menerangi.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 34, hadis nombor 165. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin Khalid al-Qurashi, al-Zahabi berkata: “Tidak diketahui dan dia membawakan khabar yang batil”, iaitu hadith ini. Kemudian Abu Nu'aim meriwayatkan dalam al-Hilyah melalui sanad lain daripada hadith Abu Hurairah, bukannya daripada hadith Ibn 'Umar. Hadith tersebut di sisi Abu Nu'aim melalui riwayat Muhammad bin Ishaq al-Sulami, seorang yang majhul (tidak dikenali) dan al-Zahabi turut mendakwa beliau melakukan pendustaan. Al-Khatib pula berkata: “Ia munkar”.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.