Asal bagi segala penyakit adalah redha terhadap diri sendiri

TEKS BAHASA ARAB

أصل كل داء الرضى عن النفس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Asal bagi segala penyakit adalah redha terhadap diri sendiri.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أشار السخاوي إلى أنه ليس بحديث، ولكن وقع في: “حكم ابن عطاء الله: أصل كل معصية، وغفلة، وشهوة: الرضا عن النفس”.

Al-Sakhawi mengisyaratkan bahawa ia bukan hadith. Namun terdapat dalam kitab al-Hikam oleh Ibn 'Ata' Allah: “Asal bagi segala maksiat, kealpaan dan syahwat adalah redha terhadap diri sendiri”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs