TEKS BAHASA ARAB
إنّ العُجْبَ لَيُحِبطُ عَمَلَ سَبْعِينَ سَنَةً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya perasaan ujub menggugurkan amalan selama 70 tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 22, hadis nombor 100. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Husain bin Ali tidak meriwayatkan daripada datuknya SAW melainkan hanya beberapa hadis kerana beliau kecil sangat. Dan hadis ini bukan riwayat beliau dan ia dusta ke atasnya.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.