TEKS BAHASA ARAB
إِذا تَمَّ فُجُورُ العَبْدِ مَلَكَ عَيْنَيْهِ فَبَكى بِهِما مَتى شاءَ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kejahatan seseorang hamba mencapai tahap maksimum, dia boleh mengawal kedua matanya, dia boleh menyebabkan kedua matanya menangis bila sahaja yang dia inginkan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 11, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut melalui riwayat Hajjaj bin Sulaiman al-'Umari, beliau seorang yang matruk lagi munkar hadithnya. Sebetulnya, ia adalah melalui kata-kata Sufyan al-Thawri. Demikian juga yang terdapat di sisi Abu Nu'aim pada biografi Sufyan melalui kitab al-Hilyah, lalu perawi-perawi dha'if telah membuat sanad lalu meriwayatkannya secara marfu'
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.