Adakah kamu keberatan daripada menyebutkan tentang orang jahat?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أَتَرْعَونَ عن ذكر الفاجر أن تذكروه؟ فاذكروه يعرفه الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu keberatan daripada menyebutkan tentang orang jahat? Sebutkanlah tentangnya agar orang ramai mengenalinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 7, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Zahabi telah memasukkannya di bawah biografi Ahmad bin Sulaiman al-Harrani seraya berkata: "Sesungguhnya ia palsu". Beliau juga memasukkanya di bawah biografi al-Jarud melalui hadith Bahz dan ia disebutkan dalam matan selepas ini seraya menghukum hadith tersebut termasuk riwayat-riwayat munkar al-Jarud sebagaimana yang masyhur. Al-Hafiz Nur al-Din dalam al-Zawa'id menyangka ia hadith hasan kerana ketidaksengajaan beliau. Tidak ada seorang pun dalam kalangan ahli bidang ini yang bersetuju dengan beliau. Adapun hadith Abu Hurairah ini adalah suatu dusta secara pasti kerana ia secara pasti bukanlah daripada hadith Malik.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon