Bantulah pembeli

TEKS BAHASA ARAB

أعينوا الشاري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bantulah pembeli.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث. نعم، أخرج الديلمي، حديث: “ألا أبلغوا الباعة، والسوقة. إن كثرة السوم في بضائعهم من قلة الرحمة، وقساوة القلب.ارحم من تبيعه وارحم من تشتري منه، فإنما المسلمون إخوة، ارحم الناس يرحمك الله. من لا يرحم، لا يرحم”.

Ia bukan hadith. Ya, Ad-Dailami telah meriwayatkan hadith: “Ingatlah! Sampaikanlah kepada penjual dan orang ramai, sesungguhnya banyak tawar menawar pada barangan mereka
termasuk sedikitnya rasa simpati dan kerasnya hati. Bersimpatilah kepada orang yang menjual dan bersimpatilah kepada orang yang membeli, kerana orang-orang Islam itu bersaudara. Bersimpatilah kepada orang lain, Allah akan bersimpati kepadamu, orang yang tidak memiliki sifat simpati tidak akan mendapat simpati”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs