Sesiapa yang mengingatimu, dia pasti tidak mencelamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ذكرك ما حقرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengingatimu, dia pasti tidak mencelamu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 91, hadis nombor 428. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث أصلا، وكذلك: (من ذكرني ما حقرني)، قال الجد: ورأيت أصله فيما ذكره أبو طالب المكي في (القوت)، قال: وحدثت أن الله أوحى إلى بعض الصديقين أدرك لي لطف الفطنة وخفي اللطف فإني أحب ذلك، قال يا رب وما لطف الفطنة، قال الله عز وجل: (إن وقعت عليك ذبابة فاعلم أني أوقعتها فسلني أرفعها)، قال: (وما اللطف الخفي قال: إن أتتك فولة مسوّسة فاعلم أني ذكرتك بها).

Ia langsung bukan hadith, demikian juga: “Sesiapa yang mengingatiKu, dia pasti tidak mencelaKu”. Al-Jadd berkata: “Aku pernah melihat asal ungkapan tersebut sebagaimana yang telah disebutkan oleh Abu Talib al-Makki dalam al-Qut, katanya: Telah diceritakan kepadaku bahawa Allah telah mewahyukan kepada sebahagian siddiqin: “Carikan untukKu kepandaian yang halus dan kehalusan yang tersembunyi, kerana Aku menyukainya”, siddiqin berkata: “Wahai Rabb! Apakah itu kepandaian yang halus?”, Allah azzawajalla berfirman: “Sekiranya seekor lalat hinggap padamu, maka ketahuilah bahawa Aku yang menghinggapkannya, maka mintalah kepadaKu agar Aku mengangkatnya”, siddiqin pun berkata: “Dan apa pula kehalusan yang tersembunyi?”, Allah berfirman: “Sekiranya datang kepadamu kacang fol yang beracun, maka ketahuilah bahawa Aku menggingatiMu melaluinya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon