Para ulama akan dihimpunkan di bawah kumpulan para Nabi

TEKS BAHASA ARAB

يحشر العلماء في زمرة الأنبياء ويحشر القضاة في زمرة السلاطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para ulama akan dihimpunkan di bawah kumpulan para Nabi, manakala para qadhi pula dikumpulkan di bawah kumpulan para raja.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108, hadis nombor 533. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: دائر على الألسنة ولم أره إلا في كلام ابن وهب.

Al-Jadd berkata: “Berlegar-legar pada lidah orang ramai namun aku belum pernah melihatnya kecuali dalam ucapan Ibn Wahb”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs