Kamu telah bertemu orang bijak yang sebenar

TEKS BAHASA ARAB

على الخبير سقطت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu telah bertemu orang bijak yang sebenar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 61, hadis nombor 245. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو كلام يقوله المسئول عما يعلمه. صح عن ابن عباس وغيره التمثيل به.

Ia ucapan yang diungkapkan oleh orang yang diberikan tanggungjawab terhadap tugas yang sedang dia laksanakan. Sahih daripada Ibn 'Abbas dan lain-lain menggunakan ungkapan itu sebagai misalan.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon