Bersegeralah kamu meletakkan kuniyah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بادِرُوا أوْلاَدَكُمْ بالكُنَى قَبْلَ أنْ تَغْلِبَ عَلَيْهِمُ الألقاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersegeralah kamu meletakkan kuniyah (gelaran bermula dengan Abu dan Ummu) kepada anak-anak kamu sebelum gelaran mendominasi mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 25, hadis nombor 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Bishr bin 'Ubaid al-Darisi, beliau seorang pendusta. Dalam sanad tersebut juga terdapat Hubaish bin Dinar. Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa' telah mengeluarkan hadith tersebut di bawah biografi Hubaish. Al-Dailami turut mengeluarkan hadith tersebut melalui jalur Abu al-Shaikh dan Ibn al-Jawzi memasukkan hadith tersebut dalam al-Mawdhu'at.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon