TEKS BAHASA ARAB
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَاقٌّ وَلا مَنَّانٌ وَلا مُرْتَدٌّ وَلا وَلَدُ زنى وَلا مَنْ أَتَى ذَاتَ مَحْرَمٍ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan masuk syurga penderhaka ibu bapa, pengungkit, orang murtad, anak zina, dan orang yang berzina dengan mahramnya (sumbang mahram).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 204, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أَصْلَ لَهُ.
وَفِي بَعْضِ أَلْفَاظِهِ: لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَلَدُ زِنًى وَلا شَيْءٌ مِنْ نَسْلِهِ إِلَى سَبْعَةِ آبَاءٍ.
وَفِي لَفْظٍ: لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَلَدُ زَنْيَةٍ.
زعم ابن الجوزي: انه موضوع.
Tidak ada asalnya.
Pada sebahagian lafaz yang lain: “Tidak akan masuk syurga anak zina dan juga seseiapapun daripada keturunannya sehingga 7 keturunan.
Pada lafaz lain: Tidak masuk syurga anak zina.
Ibn al-Jauzi berkata hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.