TEKS BAHASA ARAB
أخفوا الختان وأعلنوا النكاح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rahsiakanlah khitan dan hebohkanlah pernikahan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا أصل للأول. وبوب البخاري في الأدب المفرد للدعوة في الختان وللهو فيه وذكر حديثا يشهد للإعلان به. ونقل ابن الحاج أن الإخفاء يختص بالنساء والعرف عليه ولكن ورد عن عائشة إظهاره فيهن-أيضا-.
Bahagian pertama itu tidak ada asalnya. Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad membuat bab berkenaan ajakan untuk majlis khitan dan bersuka ria padanya, dan beliau telah menyebutkan satu hadith yang menyokong dihebohkan khitan. Ibn al-Haj menukilkan bahawa menyembunyikan itu khusus pada wanita, sebagaimana uruf. Namun, telah datang daripada ‘Aishah penghebohan khitan pada mereka (yakni para wanita) -juga-.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.