Sekiranya Allah mahukan kebaikan untuk penghuni sesebuah rumah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إِذا أرادَ الله بِأهْلِ بَيْتٍ خَيْراً فَقَّهَهُمْ فِي الدِّينِ ووَقَّرَ صَغِيرُهُمْ كَبِيرَهُمْ ورَزَقَهُمْ الرِّفْقَ فِي مَعيشَتِهِمْ والقَصْدَ فِي نَفَقاتِهِمْ وَبَصَّرَهُمْ عُيُوبَهُمْ فَيَتُوبُوا مِنْهَا وَإِذا أرادَ بِهِمْ غَيْرَ ذَلِك تركهم هملا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah mahukan kebaikan untuk penghuni sesebuah rumah, Allah akan berikan kefahaman mendalam kepada mereka terhadap agama, golongan-golongan muda mereka menghormati orang-orang tua dalam kalangan mereka, Allah rezekikan kepada mereka sikap santun dalam kehidupan mereka dan kesederhanaan dalam pembelanjaan mereka, Allah membuatkan mereka nampak aib-aib mereka, lalu mereka pun bertaubat terhadap keaiban tersebut. Namun, jika Allah mahukan sebaliknya, maka Allah biarkan mereka tanpa kepedulian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 10, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah hadith palsu dan dalam sanadnya terdapat kaki dusta

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon