TEKS BAHASA ARAB
إِذا دَخَلَ أحَدُكُمُ المَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعتينِ وَإِذا دَخَلَ أحدُكُمْ بَيْتَهُ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ فإِنَّ الله جاعِلٌ له من ركعتيه خيرا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, maka janganlah dia duduk hingga dia melakukan dua rakaat (solat). Juga Apabila seseorang daripada kamu masuk ke rumahnya, maka janganlah dia duduk hinggalah dia solat dua rakaat, kerana sesungguhnya Allah menjadikan untuknya melalui dua rakaat solat tersebut sebagai kebaikan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 12, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Bukhari berkata: "Tidak ada asalnya", Ibn 'Adi pula berkata: "Hadith munkar". Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi telah membawakan hadith ini di bawah biografi Ibrahim Yazid bin Qadid yang termasuk dalam kalangan perawi-perawi dha'if untuk menunjukkan bahawa hadith tersebut termasuk dalam kalangan hadith-hadith munkar beliau.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.